Mohamed Mustafa Ishak

Naib Canselor UUM, Datuk Seri Dr. Mohamed Mustafa Ishak (gambar) berkata, tan­pa memiliki bidang-bidang sa­ins­, perubatan, kejuruteraan dan teknologi tetapi hanya bersandarkan kepada bidang sains sosial dan pengurusan, UUM berjaya meningkatkan kedudukannya ke tangga 729.

“UUM telah meningkat 10 anak tangga berbanding 739 sebelumnya sekali gus berada di kedudukan 701-750 universiti terbaik dunia,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini, hari ini.

Mohamed Mustafa berkata, QSWUR merupakan senarai kedudukan tahunan universiti terbaik dunia dengan sembilan buah universiti tempatan tersenarai berdasarkan ranking terbaharu yang dikeluarkan pada 8 Jun lalu.

“Pada tahun ini menyaksikan sebanyak 4,854 institusi telah dipertimbangkan untuk disenaraikan dan 959 institusi dari 84 buah negara berjaya tersenarai iaitu peningkatan sebanyak 43 universiti berbanding tahun sebelumnya.

“Universiti-universiti ini disenaraikan berdasarkan enam petunjuk, iaitu reputasi akademik, reputasi majikan, nisbah pelajar fakulti, situasi setiap fakulti, pelajar antarabangsa dan fakulti antarabangsa,” katanya.

Menurutnya, bagi edisi 2018 ini, lebih 75,000 jurnal akademik dan 40,000 majikan seluruh dunia terlibat dalam kaji selidik global yang dijalankan oleh QS.

“Sebanyak 12.3 juta artikel dan 71.5 juta sitasi dianalisis bagi mengukur kecemerlangan sesebuah universiti dalam penyelidikan,” katanya.

Kata beliau lagi, UUM menya­sarkan untuk berada dalam kedudukan 300 universiti terbaik dunia dalam QSWUR menjelang 2020 selaras dengan Pelan Strategik UUM Fasa II (2016-2020).