Wartawan, Mohamad Shofi Mat Isa menang tempat pertama kategori Laporan Berita Terbaik Bahasa Melayu menerusi berita bertajuk Nyawa Penduduk Jadi Taruhan.

Bekas jurugambar Utusan Malaysia, Mohd. Mahathir Ali menang tempat pertama kategori Foto Berita Terbaik menerusi gambar Banjir Kian Buruk.

Berkenan menyampaikan hadiah tempat pertama Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.

Mohamad Shofi turut memperoleh tempat kedua kategori Laporan Berita Sukan Terbaik menerusi berita bertajuk Khidmat Romero Bersama Tok Gajah Berakhir manakala Mohd. Mahathir tempat ketiga kategori Foto Sukan Terbaik bertajuk Pahang Benam Pulau Pinang.

Bekas wartawan Utusan Malaysia, Zamzurina Ahmad menang tempat kedua kategori Penulisan Rencana Terbaik dengan rencana bertajuk Kasih Tengku Puan Pahang manakala Ketua Biro Utusan Malaysia Pahang, Mohd. Shariza Abdullah menang tempat ketiga kategori sama menerusi rencana Angkat Isu Alam Sekitar Ke Tahap Tertinggi.

Yang hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Syed Faisal Albar. - UTUSAN ONLINE