Wartawan sambilan, Asma Hanim Mahmood memenangi tempat kedua kategori Berita Media Sosial Terbaik menerusi artikel bertajuk Bangla Lebih Sayangkan Saya dan membawa pulang hadiah wang tunai RM700, piala, sijil dan hadiah iringan.

Sementara itu, jurugambar Kumpulan Utusan, Shiddieqiin Zon memenangi tempat ketiga kategori Foto Terbaik menerusi hasil bidikan kameranya yang bertajuk 7 Pelajar Tahfiz Maut Kemalangan dan membawa pu­lang hadiah wang tunai RM500, piala, sijil dan hadiah iringan.

Selain dua kategori itu, MAKK 2017 yang memasuki edisi keempat penganjuran mempertandingkan lima kate­gori lain iaitu Berita Akhbar Terbaik, Rencana Akhbar Ter­baik, Berita TV Terbaik, Rencana TV Terbaik serta Visual TV Ter­baik.

Majlis tersebut diserikan de­ngan kehadiran Tengku Lak­sa­mana Kelantan, Tengku Abdul Halim Sultan Ibrahim dan isteri, Tengku Puan Laksamana Kelantan, Datuk Seri Syarifah Azwan Tuanku Syed Putra Jamalullail.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Negara, Datuk Husam Musa; Ketua Polis negeri, Datuk Ha­sanuddin Hassan; Ketua Pega­wai Eksekutif Tunas Duta Ce­merlang, Mohd. Hafizuddin Hiew dan Presiden Kemudi, Azran Fitri Abdul Rahim.