Malam Wartawan Malaysia 2018

Ketua Meja Sains dan Teknologi Utusan Malaysia, Laupa Junus (kiri) memenangi Kategori Penulisan Rencana Cemerlang manakala Norkamaro Mohd. Noor memenangi Kategori Kartun Editorial terbaik pada Malam Wartawan Malaysia 2018 di Hotel Shangri-la, hari ini. - UTUSAN ONLINE/SURIYA BONMA

Antara mereka yang menang ialah Kartunis, Norkamaro Mohd. Noor yang memenangi Kategori Kartun Editorial Terbaik untuk membawa pulang hadiah wang RM10,000 beserta sijil dan trofi.

Jurugambar, Irwan Majid memenangi Kategori Kewartawanan Foto Cemerlang untuk membawa pulang hadiah wang RM10,000 beserta sijil dan trofi.

Malam Wartawan Malaysia 2018

Jurufoto Utusan Malaysia, Irwan Majid (kanan) memenangi kategori Kewartawanan Foto Cemerlang manakala Mohamad Hafiz Johari yang memenangi kategori Foto Esei Cemerlang bagi Kosmo pada Malam Wartawan Malaysia 2018 di Hotel Shangri-la, hari ini. - UTUSAN ONLINE/SURIYA BONMA

Sementara itu, Ketua Meja Sains dan Teknologi Utusan Malaysia, Laupa Junus menjadi pemenang bersama Kategori Penulisan Rencana Cemerlang dengan hadiah wang bernilai RM5,000 beserta sijil dan trofi. - UTUSAN ONLINE