Dalam satu kenyata­an keras hari ini, Tan Sri Zainuddin Maidin dan Tan Sri Johan Jaaffar berkata, akhbar itu menampakkan pendirian rasis dengan memainkan sentimen perkauman yang berbahaya untuk sebuah negara pelabagai kaum seperti Malaysia.

Memetik isu terkini mengenai pelantikan Peguam Negara yang baru, mereka menga­takan adalah tidak dapat diterima apabila Utusan Malaysia bermain api dengan cuba menyemarakkan sentimen kebencian dan keresahan orang Melayu dan orang Islam terhadap pelantikan seorang bukan Melayu dan bukan Islam ke jawatan itu.

Cara Utusan Malaysia, menurut mereka, memberikan gambaran seolah-olah agama Islam dan kepentingan Melayu akan terjejas dengan pelantikan peguam kanan Tommy Tho­mas.

“Kami bersyukur satu lagi kemungkinan krisis dapat dielakkan apabila Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V memper­kenankan pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara,” kata mereka dalam kenya­taan bersama.

Malahan, kata mereka Utusan Malaysia telah dipersalahkan sebagai salah satu faktor yang me­nyumbang kepada kekalahan teruk UMNO dan Barisan Nasional dalam PRU-14. UMNO mempunyai saham dalam Utusan Malaysia.

Zainuddin yang memegang jawatan Ketua Pengarang dari 1981 hingga 1992 manakala Johan Ketua Pengarang dari 1992 hingga 1998 mengakui bahawa UMNO dahulu pernah memperlihatkan kadar toleransi yang tinggi dan mengekalkan prinsip perpa­duan antara kaum. – BERNAMA