Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Utusan ceburi bidang pembangunan perisian

Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB), Krishna Industrial Corporation Limited (KIC), Combatore Institute o
Majlis MoU, Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB), Krishna Industrial Corporation Limited (KIC), Combatore Institute of Technology (CIT) dan Primainfo Technologies Sdn. Bhd. - UTUSAN ONLINE

KUALA LUMPUR 23 Mac - Utusan Melayu (M) Berhad (UMMB), Krishna Industrial Corporation Limited (KIC), Combatore Institute of Technology (CIT) dan Primainfo Technologies Sdn. Bhd. hari ini memeterai perjanjian persefahaman (MoU) bagi menjalin kerja sama dalam bidang pembangunan perisian.

Pengarah Urusan Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Noordin Abbas berkata melalui MoU ini Utusan memperoleh akses kepakaran dalam bidang teknologi maklumat.

"Kerjasama hari ini adalah sebahagian daripada langkah UMMB mempelbagaikan portfolio perniagaan."

"Ini juga selari dengan arah tuju perniagaan, di samping menjadi kumpulan media utama di negara ini," kata beliau ketika ditemui selepas majlis menandatangani MoU itu di bangunan ibu pejabat Utusan di sini hari ini.

Pada MoU itu, Kumpulan Utusan di wakili oleh Mohd. Nordin dan Ketua Pegawai Kewangan, Wan Nor Asmah Wan Ismail.

Manakala, Dr. SRK Prasad mewakili KIC dan CIT, juga Suresh Raj Krishnan mewakili Primainfo Technologies Sdn. Bhd.

Bidang pembangunan perisian penting bagi memantapkan lagi bidang perniagaan UMMB.

Sementara itu, Pengarah Urusan KIC, Dr. SRK Prasad berkata, kepakaran mereka dalam bidang teknologi mampu mengembangkan Utusan berteraskan teknologi. - UTUSAN ONLINE 

 


 

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain