Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Utusan Business Awards 2015 
cetus persaingan

Mohd. Azman Shahidin
Mohd. Azman Shahidin

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Utusan Business Awards 2015 (UBA 2015) memberi inspirasi kepada syarikat-syarikat tempatan untuk memiliki tahap daya saing yang tinggi dan berinovatif untuk terus kekal serta cemerlang dalam bidang masing-masing.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Technology Park Malaysia (TPM), Datuk Ir. Mohd. Azman Shahidin berkata, UBA 2015 juga memberi pengiktirafan besar kepada syarikat-syarikat yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ma­sing-masing.

Sehubungan itu, katanya, TPM akan terus berusaha memacu inovasi dan ekonomi berlandaskan pengetahuan bagi menjana pendapatan yang lebih tinggi serta kekal menjalin keharmonian masyarakat Malaysia.

“Jika kami menang dalam majlis anugerah ini, kemenangan itu akan memberi motivasi kepada kami untuk terus menyumbang kepada ekonomi negara serta membantu kerajaan memacu Malaysia ke arah negara maju, kompetitif dan mapan,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

UBA 2015 akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini pada 1 Mac ini dengan menyaksikan 35 buah syarikat bakal merangkul trofi anugerah kecemerlangan dalam bidang masing-masing.

Anugerah-anugerah yang disam­paikan dibahagikan kepada tiga kategori iaitu anugerah kecemerlangan mengikut sektor, anugerah kecemerlangan kepimpinan dan anugerah pencapaian sepanjang hayat.

Pada acara yang julung kali dianjurkan oleh organisasi media paling berpengaruh di Malaysia itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah yang juga Penaung Diraja Anugerah dijangka berkenan berangkat mencemar duli ke majlis tersebut.

UBA 2015 disokong oleh akhbar Utusan Malaysia bersama Yayasan Utusan dan Utusan Studios, manakala McMillan Woods Global dilantik sebagai firma audit dan diuruskan oleh MyEvents International.

Menurut Mohd. Azman, TPM merupakan salah sebuah syarikat di bawah naungan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang menyediakan perkhidmatan sokongan teknologi, keupayaan penyelidikan serta pembangunan.

Katanya, TPM turut berperanan merangsang pertumbuhan sains, teknologi dan inovasi dalam negara.

“Kemudahan-kemudahan yang disediakan TPM merangkumi sewa premis inkubator untuk penyelidik, usahawan teknologi dan syarikat industri kecil dan sederhana serta pajakan tanah untuk syarikat-syarikat berasaskan pengetahuan teknologi,” ujarnya.

Menurut Mohd. Azman, TPM juga menyediakan program inkubasi teknologi dan perniagaan termasuk mentor perniagaan, per­khidmatan bimbingan perniagaan, pemasaran, perkhidmatan perun­­dingan kewangan, forum teknologi perniagaan, bengkel serta padanan perniagaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain