Naib Canselor UTM, Profesor Datuk Ir. Dr. Wahid Omar berkata, LATSB bersetuju untuk bekerjasama membangun dan mengkormesialkan produk teknologi membran bagi sistem penyahgaraman air laut untuk kegunaan komuniti dan industri.

MoU tersebut disempurnakan di Dewan Senat, UTM, Skudai, dekat sini sebentar yang disaksikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Paduka Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Dr. Wahid Omar mewakili UTM manakala pihak LATSB diwakili Pengarah Urusannya, Joahari Abu Bakar. - UTUSAN ONLINE