Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UTC projek luar biasa, bertaraf dunia

PUTRAJAYA 17 Mei – Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan penubuhan Pusat Transformasi Bandar (UTC) sebagai produk tempatan yang sangat luar biasa dan berkelas dunia.

AHMAD ZAHID HAMIDI
AHMAD ZAHID HAMIDI

Timbalan Perdana Menteri berkata, kejayaan kerajaan menghimpunkan pelbagai jabatan dan agensi kerajaan serta agensi swasta di bawah satu bumbung merupakan satu usaha inovatif dan kreatif yang tidak pernah dilakukan negara lain.

“Sebenarnya tidak mudah untuk menghimpunkan semua jabatan dan agensi di bawah satu bumbung kerana masing-masing mempunyai keutamaan tersendiri selain isu kekangan bajet dan pekerja.

“Kejayaan membangunkan UTC perlu dipuji kerana usaha ini sangat kreatif dan berada pada tahap dunia,” katanya ketika berucap dalam majlis penghargaan kepada pengurusan UTC di sini hari ini.

Yang hadir sama Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Othman Aziz; Pengerusi Lembaga Pengarah Dunia Melayu Dunia Islam, Tan Sri Dr. Mohd. Ali Rustam; Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Datuk Seri Hashmuddin Mohamad dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Noor Rashid Ismail.

Ahmad Zahid juga menyifatkan penubuhan UTC sangat dekat dengan hatinya kerana turut bersama-sama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak me­rangka projek tersebut di seluruh negara.

Mengulas lanjut Timbalan Perdana Menteri berkata, UTC juga memperlihatkan kejayaan kerajaan dalam mengubah bangunan terbengkalai atau projek gajah putih sebagai projek yang bermanfaat untuk rakyat.

Katanya, lebih membanggakan apabila projek UTC dapat di­siapkan dalam tempoh yang singkat dan mampu menawarkan pelbagai perkhidmatan kepada rakyat.

Sehubungan itu, beliau me­minta orang ramai supaya menghargai usaha kerajaan yang telah berjaya melaksanakan pelbagai program demi keutamaan dan kesejahteraan rakyat.

“Masih ramai yang meme­kakkan telinga dan membutakan mata dengan tidak mahu me­ngakui keberkesanan program transformasi kerajaan ini walhal lebih 40 juta pengguna telah mendapatkan perkhidmatan di 18 UTC di seluruh negara,” katanya.

Sementara itu Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah dalam teks ucapan yang dibacakan oleh Pengarah Unit Strategi Nasional Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Aminuddin Hassim berkata, sejak UTC mula beroperasi pada 2012 seramai 45.8 juta orang telah mendapatkan perkhidmatan.

Menurutnya, sepanjang tahun lalu sahaja seramai 14.2 juta pengunjung telah mendapatkan perkhidmatan berbanding 11.4 juta bagi tahun sebelumnya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain