Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Utamakan ciri-ciri tempatan

Tan Sri Dr. Rais Yatim (dua dari kanan) menyerahkan Resolusi Kongres
Tan Sri Dr. Rais Yatim (dua dari kanan) menyerahkan Resolusi Kongres Budaya 2017 kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sambil diperhatikan Datin Seri Rosmah Mansor (kiri) pada Majlis Perasmian Kongres Budaya 2017 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak UKM Bangi hari ini. - UTUSAN ONLINE/Shaifudin Mohd Nor

KUALA LUMPUR 15 April - Mengutamakan ciri-ciri tempatan apabila menamakan taman perumahan, nama jalan serta pengiklanan awam menjadi antara kandungan resolusi yang dibentangkankan semasa berlangsungnya Kongres Budaya 2017 di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pagi ini yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebanyak 11 resolusi telah dibacakan oleh Penasihat Sosiobudaya Kerajaan Malaysia, Tan Sri Dr. Rais Yatim yang akan diserahkan kepada Perdana Menteri dan Majlis Raja-raja.

Antara kandungan lain resolusi itu ialah kongres mendokong penuh dasar-dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50), pemimpin berbudaya tinggi termasuk di Parlimen dan institusi selain Perlembagaan Persekutuan, Rukun Negara dan Bahasa Kebangsaan difahami.

Resolusi itu turut menggariskan Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan lagi sebagai bahasa pentadbiran dan perdagangan, sistem pendidikan menjadi saluran pembinaan budaya tinggi masyarakat serta penumpuan terhadap pembangunan ekonomi bumiputera supaya jurang pendapatan antara kaum di negara ini tidak melebar.-UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain