Presidennya, Kamarozaman Abd Razak berkata, ibu bapa tidak perlu merasa tertekan untuk membeli semua keperluan bagi sesi persekolahan baharu kerana tindakan tersebut menyebabkan kos perbelanjaan yang besar.

“Saya mahu ibu bapa lebih berhati-hati mengeluarkan kos membeli pakaian atau keperluan lain seperti buku. Beli yang perlu sahaja bagi sesi awal persekolahan ini. Jika hendak beli semua keperluan, pastinya terbeban.

“Jangan terlalu obses membeli keperluan baru sehingga terpaksa mengikat perut. Pastikan membeli pakaian dan keperluan lain yang utama sahaja untuk sesi awal persekolahan,” katanya kepada S2.

Jelasnya, terdapat segelintir ibu bapa yang membeli-belah barangan keperluan sekolah sehingga membebani kewangan mereka.

“Saya tidak mahu ada sebarang masalah atau kekangan ketika permulaan sekolah. Cukup jika anak-anak dapat berpakaian baru dan bersekolah,” katanya.

Walau bagaimanapun, pihak NUTP juga mengharapkan pihak sekolah memberi masa untuk pembayaran yuran pada sesi awal persekolahan bagi membantu ibu bapa membayar keperluan persekolahan yang lain.