Ujarnya, segala nasihat, pandangan serta sumbangan yang telah diberikan masyarakat sangat beliau sanjung tinggi.

“Pelbagai kata-kata nasihat dari makcik-makcik sampailah kepada pihak atasan banyak memberikan keinsafan kepada saya.

“Ada ramai yang bertanyakan nombor akaun Pusat Pendidikan Al Barakah, di sini disertakan maklumat tersebut. Sebarang kemusykilan boleh hubungi 013-5817879 atau 05-5260321 untuk pertanyaan,” katanya dalam catatan dalam akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Semalam, Mohd. Kazim memaklumkan hasratnya untuk menjual Unit Tahfiz Pusat Pendidikan Al Barakah pada harga RM5 juta kerana beliau sudah tidak mampu menanggung kos operasi yang mencecah RM150,000 sebulan.

Menurutnya, masalah itu timbul rentetan kekurangan dan pembatalan jemputan ceramah yang turut menjejaskan jualan barangan seperti buku dan sebagainya yang kebiasaannya di jual ketika sesi-sesi ceramah berkenaan. - UTUSAN ONLINE