Penafian itu dibuat oleh pengendali laman sosial Facebook milik pengasas dan pengetua Pusat Pendidikan Al-Barakah itu dalam kemas kini terbaharunya di laman tersebut.

"Ini adalah maklumat palsu," tulis pengendali laman sosial Facebook milik Mohd. Kazim.

Menerusi berita yang tular di laman sosial, Mohd. Kazim dikatakan meminta Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat lebih 100 pemilik akaun laman sosial yang didakwa menggunakan namanya.

Beliau mendakwa, setiap akaun palsu tersebut yang mempunyai jutaan pengikut menggunakan namanya untuk kepentingan tertentu termasuk menyebarkan hadis palsu dan mengutip derma menggunakan nama Pusat Pendidikan Al-Barakah. - UTUSAN ONLINE