USIM diwakili oleh empat pendebat dari Fakulti Syariah dan Undang-Undang iaitu Muhammad Syafiq Suhaimi, Nur Akma Mohd Dali, Anis Amirah Zakaria dan Muhammad Muzakkir Ahmad.

Pertandingan berkenaan melibatkan penyertaan dari 82 universiti yang mewakili 20 negara seperti United Kingdom, Sepanyol dan Arab Saudi.

USIM bakal bertemu University Sciences Po Parisa, Perancis lewat tengah malam ini waktu tempatan. - UTUSAN ONLINE