Pengarah program, Muhammad Ikmal Jamaluddin berkata, program berkonsep debat yang pertama kali diadakan itu melibatkan seramai 150 pendebat terdiri daripada mahasiswa pelbagai fakulti USIM dan institut pengajian tinggi lain serta peserta Debat Naib Canselor 2017.

"Peserta akan berdebat selama 24 jam tanpa henti bermula 3.33 petang hari ini hingga petang esok merangkumi lima pusingan dengan maksimum perdebatan selama lima jam.

"Selain itu, program yang bertemakan Cetusan Fenomena ini diadakan dalam tiga bahasa iaitu Melayu, Inggeris dan Arab dilihat sebagai simbolik komitmen mahasiswa untuk berfikir rasional sepanjang masa," katanya di sini hari ini.

Lima pusingan itu mengetengahkan tema Model Graduan Integrasi Ilmu Naqli dan Aqli (GIINA), Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi), mahasiswa, pembangunan belia serta isu semasa. - UTUSAN ONLINE