Menteri Pembangunan Usahawan, Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, keberanian tersebut perlu agar dasar kerajaan berkaitan dapat dijalankan secara sempurna dan bertanggungjawab hasil maklum balas diterima.

"Kita sebagai pemudah cara dan mengawal agensi-agensi berkaitan sepatutnya melunaskan tanggungjawab dengan sempurna.

"Usaha mengekang segala bentuk halangan dari segi perkara yang boleh mendatangkan perkara tidak sihat dalam masa mereka menjalankan tugas," katanya.

Beliau berkata demikian pada Konvensyen Memperkasakan Usahawan Bumiputera dan Pelancaran Buku Kisah Kejayaan 50 Usahawan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Negeri Sarawak di Bangunan Sultan Iskandar, sebentar tadi.

Yang turut hadir, Timbalan Menterinya, Dr. Mohd. Hatta Ramli, Ketua Setiausaha kementerian, Wan Suraya Wan Mohd. Radzi dan Menteri Muda Pembangunan Usahawan dan Perusahaan Kecil & Sederhana, Datuk Mohd. Naroden Majais.

Siri pertama konvensyen itu merupakan inisiatif Kementerian Pembangunan Usahawan susulan daripada resolusi "Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara yang diadakan pada 1 September lalu.

Konvensyen itu menyediakan ruang untuk menyuarakan pandangan serta idea mereka dalam usaha memperkasakan pembangunan usahawan Bumiputera. - UTUSAN ONLINE