Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Usahawan Melayu perlu sepakat

Memajukan ekonomi bangsa seperti pedagang silam

SHAH ALAM 28 Mac - Usahawan Melayu perlu mengamalkan kesepakatan dalam memajukan ekonomi bangsa seperti yang dilakukan oleh golongan pedagang silam sehingga rantau nusantara menjadi makmur dan terkenal.

Dr. Hasan Mad

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, usaha membudayakan ekonomi dalam kalangan orang Melayu merupakan tanggungjawab yang kompleks dan perlu dilakukan secara bersama dan berterusan.

Katanya, usahawan Melayu perlu mengekalkan sikap kesepakatan itu supaya ekonomi golongan bumiputera bertambah maju.

“Zaman nenek moyang kita dahulu kesepakatan ekonominya amat kuat sehingga mampu me­ngangkat kawasan nusantara sebagai rantau dagangan yang makmur dan terkenal.

“Mereka dahulunya merupakan pedagang yang hebat, bermaruah dan berkat. Budaya perdagangan yang mereka amalkan ketika itu amat kemas, makmur dan teratur mengikut acuan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membincangkan tajuk Budaya Kecemerlangan Ekonomi: Pola dan Cabaran dalam Bengkel Budaya Ekonomi 2017 sempena Wacana Prakongres Budaya 2017 di Hotel Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Kluster Hartanah, Binaan dan Perkhidmatan MPM, Datuk Dr. Amirhamzah Abd. Majis berkata, usahawan Melayu tidak boleh terlalu bergantung dan mengharapkan bantuan kerajaan untuk maju dalam bidang perniagaan.

Menurutnya, budaya kebergantungan itu dibimbangkan akan mengekang usahawan Melayu untuk lebih berdaya saing berbanding bangsa lain.

“Bantuan kerajaan pada dasar­nya adalah berniat baik untuk menolong usahawan Melayu maju dalam ekonomi, tetapi jika mereka terlalu bergantung kepada bantuan yang diberikan dibimbangkan akan menimbulkan budaya kebergantu­ngan dalam kalangan mereka.

“Yang membezakan kejayaan bangsa Melayu dengan bangsa lain adalah usaha. Jarang kita dengar bangsa lain seperti Cina berkata tidak boleh dalam sesuatu pekerjaan,” katanya.

Menurut Amirhamzah, salah satu faktor kemunduran usahawan Melayu adalah kerana sering mengamalkan sikap terlalu mengambil mudah dan tidak sanggup bersusah payah.

“Kalau tiada budaya sedia bersusah payah dan tidak sanggup berusaha sendiri, usahawan Me­layu akan terus mundur. Sebab itu mereka tidak boleh terlalu bergantung kepada pelbagai bantuan yang diberikan kerajaan tanpa berusaha,” katanya.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain