TEO KOK SEONG

Felo Utama Institut Kajian Etnik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Datuk Dr. Teo Kok Seong berkata, hal demikian ini kerana calon Peguam Negara yang dicadangkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad itu tidak mencerminkan latar belakang masyarakat Melayu Islam yang merupakan kaum majoriti.

“Bagi saya, ada pertembungan antara Islam dengan ideologi Malaysian Malaysia dalam kalangan masyarakat selepas Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan baharu.

“Kita boleh lihat ada pihak yang sanggup mempertikaikan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak nasihat Perdana Menteri dengan tohmahan-tohmahan yang tidak wajar, sedangkan sebelum ini seluruh masyarakat amat menghormati institusi raja,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Kok Seong berkata, Yang di-Pertuan Agong melaksanakan tanggungjawab mengikut Perlembagaan Persekutuan dan tidak akan bertindak di luar batasan undang-undang.

Yang di-Pertuan Agong, kata beliau, tidak akan dipengaruhi faktor politik dalam membuat sebarang keputusan selain mempunyai hak untuk menerima atau menolak cadangan Perdana Menteri berhubung isu tersebut.

RAMLAH ADAM
RAMLAH ADAM

“Oleh kerana itu, Perdana Menteri perlu mengemukakan beberapa nama lain untuk dilantik sebagai Peguam Negara kepada Yang di-Pertuan Agong supaya pemilihan boleh dibuat dengan adil mengikut kriteria tertentu,” katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja, Kepimpinan dan Komuniti, Universiti Malaysia Perlis (Unimap), Profesor Datuk Dr. Ramlah Adam berkata, kerajaan perlu menghormati segala keputusan yang dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong kerana kedudukannya sebagai ketua negara.

Katanya, sekiranya kedudukan raja-raja Melayu tidak dihormati, ia akan mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat dan mencetuskan pelbagai masalah antara kaum.

“Kita bimbang masyarakat yang menjadi taksub dengan politik akan mengambil kesempatan terhadap konflik pelantikan Peguam Negara dengan menjadikan kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai sasaran untuk melemparkan tohmahan,” katanya.