Datuk Seri Richard Riot Jaem
Datuk Seri Richard Riot

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Richard Riot berkata, sehubungan itu, pihaknya telah melakukan perbincangan dengan pelbagai pihak berhubung isu tersebut dan pindaan undang-undang bagi menangani larangan diskriminasi di tempat kerja akan disegerakan.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan yang dilakukan kementerian ke atas 74 buah hotel bertaraf empat dan lima bintang di beberapa buah negeri di semenanjung tanah air bermula November lalu mendapati 13 daripadanya mengamalkan polisi larangan bertudung semasa bekerja.

“Justeru, kementerian ingin mengulangi gesaan kepada majikan supaya menghormati hak-hak para pekerja seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Isu pekerja hotel dilarang memakai tudung menjadi perhatian ramai setelah mendapat liputan meluas Utusan Malaysia akhir tahun lalu sehingga membawa kepada penyiasatan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia melibatkan beberapa hotel terkemuka di seluruh negara. - UTUSAN ONLINE