Asyraf Wajdi Dusuki

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ada pihak tidak ‘berpijak di bumi nyata’ se­olah-seolah tidak memahami ke­rangka perundangan negara dengan mendakwa perkara itu akan menggugat kedudukan orang bukan Islam.

“Ini hanya berkaitan dengan orang Islam dan hanya dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah dan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri ber­kenaan,” katanya selepas melancarkan Program Empower ECER (Wilayah Ekonomi Pantai Timur) di Tumpat, di sini hari ini.

Asyraf Wajdi berharap semua pihak menghormati keputusan yang dibuat oleh DUN Kelantan berkaitan hukuman berkenaan kerana ia ma­sih berada dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan.

Sementara itu, menge­nai program Empower ECER Tumpat, beliau berkata, sejak program tersebut dilaksanakan pada 2015, ia membantu melahirkan modal insan lebih cemerlang termasuk pelajar sekolah dan usa­hawan.

Asyraf Wajdi berkata, kerajaan melalui Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC) menggandakan usaha bagi membantu rakyat terutama di kawasan luar bandar untuk turut sama menikmati perkembangan sosioekonomi negara.

Setakat ini, seramai 600 pelajar sekolah mengikuti program latihan akademik dan 200 peserta dewasa menyertai program latihan kemahiran dan keusahawanan di jajahan Tumpat. – BERNAMA