Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Usah ganggu perpaduan Bagan Datuk - Zahid

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sumbangan kepada wakil guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina SRJK (C) daerah Bagan Datuk di Jamuan Mesra Hari Guru SJKC 2017 di Dewan SJKC Sin Min, Sg Tiang, Bagan Datuk malam ini. - UTUSAN ONLINE/SYEFRY MONIZ

BAGAN DATUK 16 Julai - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada pihak luar supaya tidak mengganggu gugat kestabilan politik dan perpaduan dalam kalangan masyarakat di Bagan Datuk.

Menurut beliau, meskipun pernah dilanda tsunami politik dalam pilihan raya umum lalu, namun rakyat Bagan Datuk tidak mengira kaum dan agama perlu bersatu dan bergerak seiring atas faktor pembangunan dan kemajuan.

“Dulu kita marah sikit sebab ada orang cucuk-cucuk kita. Saya tahu orang (pembangkang) dari Teluk Intan, Ipoh, Taiping, Pulau Pinang kacau kita. Kuala Lumpur lebih ramai kacau kita.

“Tetapi sekarang kita tutup buku. Kita pastikan tidak ada orang kacau politik kita, Kita mahu majukan Bagan Datuk dan jadikan nombor satu dalam bidang pendidikan, mahu lebuh raya, politeknik, kolej komuniti dan mahu maju untuk semua bangsa di Bagan Datuk," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam majlis jamuan Mesra Hari Guru Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Parlimen Bagan Datuk di sini, hari ini.

Lebih 2,000 orang yang terdiri daripada guru dan kakitangan dari 11 buah SJKC di daerah ini serta persatuan alumni hadir dalam majlis tersebut.

Ahmad Zahid turut mengumumkan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk kelas tambahan kepada semua SJKC dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di kawasan Parlimen Bagan Datuk.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut menafikan bahawa pelbagai bantuan dan peruntukan yang diberikan kepada Bagan Datuk adalah semata-mata mahu menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebaliknya Timbalan Perdana Menteri menegaskan, semua pembangunan yang sedang berlangsung di daerah ini adalah berlandaskan hasrat kerajaan untuk memastikan kemajuan pendidikan anak-anak penduduk di daerah tersebut.

“Terima kasih kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memberi banyak peruntukan kepada Bagan Datuk.

“Kita akan pastikan Bagan Datuk lebih maju dan membangun pada masa depan untuk kesejahteraan penduduk di sini,” katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain