Timbalan Menterinya, Teo Nie Ching berkata, pihaknya telah mengadakan mesyuarat bersama pihak keselamatan bagi memastikan peperiksaan tersebut dapat berlangsung dengan lancar.

“Lembaga Peperiksaan juga sudah ada prosedur operasi standard (SOP) yang akan dipatuhi sekiranya berlaku apa-apa kejadian tidak diingini.

“Malah sekiranya perlu, anggota keselamatan bersedia untuk memindahkan calon-calon ke pusat peperiksaan yang selamat supaya peperiksaan dapat diteruskan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Simposium Kebangsaan Pengurusan Pendidikan 2018 di Hotel Regency Scholar di sini, hari ini.

Seramai 440,743 calon akan menduduki UPSR di 8,100 pusat peperiksaan di seluruh negara bermula 20 September ini. - UTUSAN ONLINE