Baginda juga bertitah, bagi menjadikan Malaysia sebuah negara maju dalam era industri 4.0, ia perlu bersaing bagi mendapatkan pasaran global serta memperdagangkan produk dan perkhidmatan di luar negara.

DYMM Sultan Shara fudd in Idr is Shah ALH AJ Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia.
DYMM SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ Tuanku Canselor Universiti Putra Malaysia.

“Beta berharap UPM menjadi peneraju dalam memanfaatkan artificial intelligence dan inovasi terutama dalam bidang perta­nian dengan mengeluarkan sumber manusia yang berdaya maju, menghasilkan strategi yang boleh dilaksanakan secara efektif di Malaysia, bagi memacu kemajuan sektor pertanian negara,” titah baginda pada Majlis Konvokesyen ke-42 Tahun 2018 UPM, di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Ke­senian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini.

Sehubungan itu, baginda berharap para graduan akan dapat memikul amanah berkenaan dan meneruskan kecemerla­ngan di mana sahaja mereka berada ke­ra­­na sumber manusia atau bakat merupakan pengisian penting bagi merea­lisasikan hasrat tersebut.

Konvokesyen UPM kali ini merekodkan graduan sulung untuk lima program pengajian iaitu seorang graduan Master Perubatan (Anes­tesiologi), lima graduan Master Perubatan (Pe­diatrik), 12 graduan Master Kejuruteraan Perisian, 14 graduan Master Keselamatan Maklumat dan 21 graduan Master Senibina.

Baginda turut gembira dengan ranking UPM pada 2018/2019 yang me­lonjak 27 anak tangga untuk tersenarai pada kedudukan ke-202 universiti terbaik dunia dalam penarafan QS World University Ran­kings, sekaligus berada dalam kelompok 1% universiti terbaik di dunia.

Baginda bertitah, semua pi­hak perlu mem­berikan soko­ngan padu bagi mencapai sasaran berada dalam kumpulan 200 universiti terbaik dunia menje­lang tahun 2020.

Baginda juga berharap supaya graduan selain memperoleh sijil akademik, akan turut membawa pulang nilai kesukarelawanan yang dite­rapkan sepanjang pe­ngajian di UPM dan meneruskannya tanpa mengambilkira sama ada aktiviti itu berhubungkait atau tidak de­ngan pekerjaan seharian mereka.

PROF DATIN PADUKA DR. AINI IDERIS Naib Canselor Universiti Putra Malaysia.
PROF DATIN PADUKA DR. AINI IDERIS Naib Canselor Universiti Putra Malaysia. 

Sultan Sharafuddin juga berbangga dengan kejayaan UPM mengungguli hadiah utama Pengurusan Harta Intelek kategoriorganisasi peringkat kebangsaan 2018 dan kejayaan penyelidik dan Dekan Fakulti Perubatan Vete­rinar, Prof. Dr. Mohd. Hair Bejo memenangi Anugerah Merdeka kategori kesihatan, sains dan teknologi.

Baginda turut mengucapkan tahniah kepada atlet UPM yang mengharumkan nama UPM dan negara di persada antarabangsa iaitu penerjun Cheong Jun Hoong dan Leong Mun Yee, serta atlet ragbi UPM juga menjadi penyumbang terbesar kepada pembentukan pasukan ragbi universiti Malaysia.

Baginda berharap, Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris serta pengurusan universiti akan terus melonjakkan UPM ke arah universiti bereputasi antarabangsa.