Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, maskot Upin dan Ipin yang bakal mewarnai MAHA 2016 dilihat bukan sahaja dapat menarik kanak-kanak ke acara tahunan itu, tetapi juga memupuk minat mereka dalam bidang pertanian.

Katanya, melalui segmen khas berkenaan, Upin dan Ipin akan me­ngajar kanak-kanak mengenai aspek pertanian dan tumbuh-tumbuhan.

“Jika sebelum ini ibu bapa atau golongan dewasa yang mengajak anak-anak ke MAHA tetapi kali ini kanak-kanak pula mengajak ibu bapa masing-ma­sing ke pameran ini kerana ingin berjumpa Upin dan Ipin.

“Kita tidak lagi mahu perkenalkan MAHA ini hanya untuk golo­ngan dewasa semata-mata. Tetapi mahu kanak-kanak turut serta dalam pameran berkenaan,” kata­nya dalam sidang akhbar pada Maj­lis Prapelancaran Tayangan Filem Upin dan Ipin Jeng Jeng Jeng di Pawagam Golden Screen IOI City Mall di sini semalam.

MAHA 2016 yang bertemakan ‘Makanan Kita, Masa Depan Kita’ akan diadakan di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) Serdang bermula 1 hingga 11 Disember ini.