Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Universiti tempatan berkualiti

KUALA LUMPUR 20 Feb. - Kementerian Pendidikan Tinggi menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu konon­nya sektor pengajian tinggi negara ‘tidak berkualiti’ dan menegaskan banyak kejayaan telah dicapai dalam tempoh beberapa tahun kebelaka­ngan ini.

Idris Jusoh

Perkara itu diperjelaskan oleh Menterinya, Datuk Seri Idris Jusoh yang membe­ritahu, beberapa universiti awam telah berjaya melonjakkan kedudukan dalam ranking dunia yang didahului Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau juga berkata, empat ins­titusi pengajian tinggi negara iaitu UPM, UTM, UKM dan Universiti Sains Malaysia (USM) telah tersenarai dalam 50 universiti terbaik dunia yang berusia 50 tahun ke bawah.

“Selain itu pelajar-pelajar kita berjaya memenangi pertandi­ngan peringkat antarabangsa seperti pidato, menewaskan pelajar universiti dari Cambridge. Jadi, siapa kata sektor pengajian tinggi kita tidak bagus? Mari berjumpa saya, kita boleh bercakap mengenainya,” kata beliau.

Idris berkata demikian ketika menga­dakan kunjungan hor­mat ke Ibu pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini hari ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian, Tan Sri Dr. Noorul Ainur Mohd. Nur; Timbalan Ketua Setiausaha (Pemba­ngunan), Datuk Nik Ali Mat Yunus dan Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi, Datin Ir. Dr. Siti Hamisah Tapsir.

Dalam lawatan tersebut, Idris turut meluangkan masa berbincang dengan barisan kepimpinan Kumpulan Utusan terdiri daripada Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohd. Noordin Abbas; Ke­tua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak; Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad; Penolong Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Hassan Mohd. Noor dan Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah.

Idris yang ditemui selepas lawatan tersebut memberitahu pihak kementerian melihat kepada usaha meningkatkan ja­ringan rangkaian dengan Kumpulan Utusan sebagai salah satu platform untuk menguar-uarkan kejayaan serta pencapaian sektor pengajian tinggi negara.

Beliau mengaku bahawa pen­ting untuk pihaknya membina jaringan komunikasi dengan Kumpulan Utusan supaya mesej-mesej yang baik mengenai pe­rancangan kementerian dapat disebar luaskan kepada rakyat.

Idris pada masa sama turut mengakui kegagalan pada pe­ringkat komunikasi pihak kementerian dan kerajaan merupakan penyebab maklumat kecemerlangan pencapaian sektor pengajian tinggi negara tidak sampai kepada pengetahuan masyarakat.

“Kita mahu betulkan persepsi dalam kalangan rakyat, mahu ubah pemikiran mereka supaya tidak hanya mempunyai pandangan negatif sahaja terhadap kementerian dan sektor pengajian tinggi negara.

“Sebenarnya banyak perkara baik sedang dilaksanakan oleh kerajaan tetapi tidak dapat dide­ngari dengan jelas. Strategi yang baik sepatutnya boleh dilakukan bagi memastikan rakyat ketahui pencapaian serta kejayaan kita,” jelas beliau.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain