Universiti Islam Negeri (UIN) di Yogyakarta, di pulau Jawa berkata, seramai 41 pelajarnya yang memakai burqa akan ditawarkan sesi kaunseling dan diminta menanggalkan penutup wajah itu jika mahu menamatkan pengajian.

Barisan Pertahanan Islam (BPI) dalam satu kenyataan berkata, dasar itu tidak masuk akal dan jelas bertentangan dengan usaha negara itu untuk mengekalkan keharmonian kaum.-REUTERS