Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkara tersebut dicapai menerusi pertemuannya dengan Setiausaha Luar United Kingdom, Boris Johnson di negara berkenaan, semalam. 

Katanya, kerajaan United Kingdom turut memberi jaminan untuk menyokong segala usaha Malaysia bagi menyelesaikan skandal 1MDB. 

“Johnson berjanji akan terus komited membantu negara dalam siasatan berhubung skandal 1MDB termasuk mengembalikan semula segala aset yang telah dirampas di United Kingdom.

“Sejarah persahabatan yang telah lama terjalin antara Malaysia dan United Kingdom akan terus diperkukuhkan di bawah kerajaan baharu Pakatan Harapan,” katanya menerusi kenyataan dalam laman Facebook miliknya di sini hari ini. 

Anwar dalam rangka lawatan selama empat hari ke London, United Kingdom atas jemputan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore. - UTUSAN ONLINE