Penajaan sebanyak RM10,000 ini ekoran 'Solar Cat Feeder' ciptaan Muhammad Danish Syafie Azdikirana, 12, muncul sebagai juara dalam pertandingan Perlis Engineering Research & Learning Innovation Symposium (PERLIS) 3.0 anjuran bersama Unimap dan Yayasan Tuanku Syed Putra (YTSP) baru-baru ini.

Penajaan itu disampaikan oleh Naib Canselor Unimap, Prof. Datuk Dr. Zul Azhar Zahid Jamal dalam satu majlis di pejabatnya di Bangunan KWSP, di sini hari ini.

Sementara itu, enam pelajar dari Sekolah Menengah Agama (SMA) Al Madrasah Al Alawiyah Ad Diniah (Al-Maad), Arau juga akan menyertai pertandingan yang sama dengan ciptaan 'Heal Mask', 'The Sweet Dream', 'Rubber Culen Starter' dan 'Herbal Rodent Dispel'.

Enam pelajar itu, dan empat guru pengiring pula ditaja oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini, Pusat Kecemerlangan Geopolimer dan Teknologi Hijau (CEGeoGTech) Unimap serta Persatuan Penyelidikan dan Inovasi Malaysia (MyRIS).

WICC anjuran Korea University Invention Association (KUIA) merupakan platfom penyelidikan yang menghimpunkan inovasi para pelajar sekolah dari seluruh dunia. - UTUSAN ONLINE