“Ini adalah satu masalah sosial yang meruncing, ada anak muda seawal usia 10 tahun sudah menghidu gam,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat JKMD bilangan 1/2019 di sini hari ini.

Wan Azizah berkata, cadangan itu masih pada peringkat draf yang mana semua aspek dimasukkan ke dalam draf berkenaan termasuk elemen pendidikan, kesederan dan sebagainya.

“Kita jangka ia boleh dibentangkan pada mesyuarat sidang Parlimen akan datang,” katanya.

Tambah beliau, jawatankuasa turut mempertimbangkan secara serius cadangan pelaksanaan perintah berkurung bagi remaja di bawah umur 18 tahun berdasarkan model yang diamalkan di Iceland.

Kata beliau, melalui perintah berkurung itu, ibu bapa akan mengetahui di mana anak-anak mereka sekali gus membendung golongan itu terjebak dalam gejala negatif seperti menghidu gam.

“Mungkin sukar dengan persekitaran negara ini yang mempunyai kedai-kedai makan 24 jam tapi ini kita lihat kerana kita dapat tahu kalangan penghidu gam ini ada yang berusia sangat muda,” katanya.