Muhammad yang tiba pada pukul 2.15 petang bersama-sama 14 anggota delegasi disambut oleh Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak, Timbalan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Othman Mohamad, Penolong Ketua Pengarang, Datuk Mohd. Hassan Mohammad Noor dan Pengarang Kosmo, Datuk Baharom Mahusin.

Kunjungan tersebut bermatlamat untuk mendapat penerangan dan memahami dengan lebih jelas mengenai peranan dan fungsi akbar dan media di bawah Kumpulan Utusan yang diasaskan sejak tahun 1939.

Lawatan bermula dengan taklimat dan perbincangan sebelum Muhammed dibawa melawat balai berita Utusan dan Kosmo.

Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir melantik Muhammed sebagai Undang Luak Johol ke-15 pada 15 Disember. Undang Luak Johor merupakan ketua agama dan ketua adat di Johol.

Institusi Undang Luak Johol telah diasaskan sejak 294 tahun lalu iaitu sekitar tahun 1723 oleh seorang wanita yang dikenali sebagai Puteri Kanun. - UTUSAN ONLINE