Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Logo Kaji Selidik Pembaca

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?

Bagaimana anda tahu mengenai SEBENARNYA.MY?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UMW beri RM100,000

Bantu 10 sekolah sokong pendidikan luar bandar

ROSMAH MANSOR bersama  para penerima sumbangan selepas penyampaian
ROSMAH MANSOR bersama para penerima sumbangan selepas penyampaian cek UMW kepada 10 sekolah sempena Minggu Saham Amanah Malaysia 2017 di Dewan Tun Razak, Temerloh, Pahang, semalam.

TEMERLOH 20 April - UMW Corporation Sdn. Bhd. (UMW) menyumbang sebanyak RM100,000 kepada 10 sekolah di bawah Pejabat Pendidikan Daerah Temerloh sempena Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017.

Menurut UMW, sumbangan itu sebahagian daripada usaha dalam menyokong pembangunan sekolah-sekolah luar bandar di bawah tunggak pendidikan.

Katanya, UMW akan terus melaksanakan pelbagai usaha murni di bawah tiga tunggak meliputi pendidikan, pembangunan komuniti dan alam sekitar.

“Sumbangan ini juga sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UMW,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dalam majlis itu, Ahli Lembaga Pengarah UMW, Tan Sri Hasmah Abdullah mengiringi Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyerahkan cek bernilai RM10,000 setiap satu kepada pengetua dan guru besar sekolah dari lima sekolah di daerah Temerloh.

Majlis ringkas itu telah diadakan di ruang pameran utama PNB, dalam dewan pameran MSAM.

Lima sekolah berkenaan ialah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Paya Pulai, SMK Seberang Temerloh, SMK Mentakab, SMK Bolok dan Sekolah Kebangsaan (SK) Belenggu.

Lima buah sekolah lagi iaitu SMK Temerloh, SMK Lanchang, SMK Kuala Krau, SK Charuk Puting dan SK Paya Luas akan menerima cek sumbangan masing-masing di majlis penutup pada 25 April 2017.

UMW merupakan antara Rakan Korporat MSAM yang dikate­gorikan sebagai Rakan Premier selain daripada Malayan Ban-king Bhd. (Maybank), Sime Darby Bhd. (Sime Darby), I&P Group Sdn. Bhd. (I&P) dan SP Setia Bhd. (Setia).

Program berteraskan pendi­dikan pelaburan bersepadu itu diadakan di Dataran Temerloh, Majlis Perbandaran Temerloh, Pahang dengan tema ‘Pelaburan 360 Hari’.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain