UMT dalam kenyataannya hari ini berkata, pesta pameran itu berlangsung di COEX Korea Exhibition Centre dari 30 November hingga 3 Disember lalu.

Tiga orang penyelidik yang memenangi anugerah itu ialah Dr. Azman Kasan dari Institut Akuakultur Tropika, Dr. Wan Iryani Wan Ismail dari Pusat Pengajian Sains Asas (PPSA) dan Prof. Madya Dr. Wahizatul Afzan Azmi.

Dr. Azman memenangi pingat emas menerusi produk inovasi 'Rapid Biofloc' iaitu teknologi hijau bagi pengurusan udang dalam industri akuakultur.

Dr. Wan Iryani pula meraih pingat gangsa menerusi produk Marine Nanoparticle Reducing Agent (MARNO) manakala Dr. Wahizatul Afzan menerima anugerah khas daripada Lebanese Innovation Association menerusi produk inovasi 'Stingless Bee Pollination'.

UMT telah menghantar sejumlah 3 produk dalam pertandingan ciptaan tahunan yang dianjurkan oleh Korea Invention Promotion Association (KIPA) yang disertai lebih 20 negara. - UTUSAN ONLINE