Menurut Perdana Menteri, kursus itu adalah program jangka masa pendek untuk tempoh enam bulan.

Beliau berkata, ia sesuai dengan kedudukan universiti berkenaan yang berhampiran projek Landasan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

“Projek besar-besaran ini (ECRL) kita akan lancarkan pada September ini. Jadi, projek ini memerlukan sokongan warga yang mempunyai kemahiran dalam bidang teknologi kereta api.

“UMP akan memulakan proses ini dan pengambilan pertama seramai 300 penuntut dibuat pada September ini untuk kursus teknologi kereta api bagi tempoh enam bulan,” katanya ketika berucap melancarkan pembinaan Masjid UMP dan Raikan Syawal bersama komuniti dan warga universiti berkenaan di UMP Kampus Pekan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE