Konvoi itu melibatkan 15 buah motosikal berkuasa tinggi seiring 15 tahun penubuhan UMP bermula di Kuantan melalui Terengganu, Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Selangor, Wilayah Persekutuan, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Naib Canselor UMP, Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, UMP tidak mahu ketinggalan untuk turut serta memeriahkan sambutan yang istimewa sebagai manifestasi patriotisme terhadap negara.

“Pelbagai acara diatur sempena bulan kemerdekaan di UMP yang berupaya menampilkan perspektif patriotisme unik dalam konteks sebagai sebuah menara gading,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelepasan Konvoi Sempena Perasmian Bulan Kemerdekaan UMP 2017 di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE