Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

UMNO Pulau Pinang tetap bantah 
pembangunan pangkalan TUDM

PULAU PINANG 28 Jun – Badan Perhubungan UMNO negeri tetap de­ngan pendirian menolak dan membantah sebarang pembangunan semula melibatkan pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Butterworth di sini.

Pengerusinya, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, pendirian berkenaan kekal memandangkan cadangan dikemukakan syarikat pemaju terlibat dilihat tidak me­nguntungkan rakyat di negeri ini selain hanya akan merugikan Kerajaan Pusat.

Tegasnya, UMNO negeri tidak akan sekali-kali berkompromi dalam hal terbabit dan yakin isu membabitkan tanah seluas 667.32 hektar milik Kerajaan Pusat itu akan dapat diselesaikan tidak lama lagi.

“Tapak Pangkalan TUDM ini adalah tanah terbesar milik Kerajaan Pusat di negeri ini dan sebarang cadangan pembangunan ke atasnya harus tidak merugikan kerajaan dan sepatutnya menguntungkan rakyat negeri ini khususnya golo­ngan bumiputera,” katanya kepada pemberita sebelum majis pemberian sumbangan Ramadan peringkat UMNO bahagian Bayan Baru di sini semalam.

Terdahulu beliau turut mempengerusikan mesyuarat Badan Perhubungan UMNO negeri di Pejabat UMNO Bahagian Bayan Baru di Sungai Ara di sini.

Sementara itu dalam perkembangan lain, Zainal Abidin yang juga Ketua UMNO Bahagian Nibong Tebal menegaskan, UMNO negeri mendesak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) segera memberikan kelulusan permit terhadap pemasangan logo parti itu di kawasan Menara UMNO di Jalan Macalister di sini.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain