Ketibaan Nordziakon Husnan, 32, di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di sini pukul 8.15 pagi ini disambut isterinya, Aainaa Mardhiah Juraisan, 30, dan anak, Nursyahzani Nazif Aqilah, 6, serta Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Samsol Bari Jamali.

Nordziakon yang melancong ke Jepun seorang diri pada 1 September lalu sepatutnya pulang ke tanah air pada Rabu lalu, namun gagal meneruskan penerbangan pulang pukul 9. 35 pagi (waktu Jepun) selepas pihak keselamatan di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Sapporo tidak menerima salinan pas masuk (boarding pass) pesawat yang dibawanya.

Dia yang berdepan beberapa masalah teknikal dengan syarikat penerbangan selain lapangan terbang berkenaan dilanda ribut taufan dan gempa bumi keesokannya bagaimana bernasib baik apabila usaha membawa pulangnya ke tanah air dibantu Badan Perhubungan UMNO negeri.

“Saya bersyukur kerana dapat pulang semula ke pangkuan keluarga dengan selamat. Pengalaman dan trauma ketika dilanda gempa bumi dan ribut taufan selain terkandas di sana selama beberapa hari tidak akan dapat saya lupakan,” katanya ditemui di LTAS di sini sebentar tadi. - UTUSAN ONLINE