Dalam majlis di Dewan Keusahawanan UMK Kampus Kota, di sini, hari ini, 103 daripada mereka menerima Anugerah Perhidmatan Cemerlang (APC), 38 orang menerima Anugerah Gemilang Universiti (AGU) dan enam orang menerima Anugerah Jasa Bakti (AJB).

Anugerah Jasa Universiti (AJU) pula diberikan kepada 102 penerima manakala Anugerah Jasa Setia (AJS) diberikan kepada dua penerima.

Sementara itu, Pejabat Perpustakaan dan Pengurusan Ilmu dinobatkan sebagai penerima Anugerah Kualiti Naib Canselor (AKNC) kategori bukan akademik manakala Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan (FKP) menerima AKNC kategori akademik.

Penyampaian semua anugerah berkenaan serta perasmian majlis disempurnakan oleh Naib Canselor UMK, Prof. Datuk Dr. Husaini Omar.

Yang turut hadir, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd. Rafi Yaacob; Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Dr. Zaliman Sauli dan Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Datuk Dr. Ibrahim Che Omar. - UTUSAN ONLINE