Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda dengar tentang SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Umat Islam sertai Malaysia #QuranHour hari ini

ORANG ramai mula memenuhi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bagi menjayakan Malaysia #Qur
ORANG ramai mula memenuhi Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya bagi menjayakan Malaysia #QuranHour bermula pukul 12 tengah hari ini. - Gambar FB Malaysia #QuranHour

PUTRAJAYA 18 Jun – Seluruh umat Islam tanpa mengira latar belakang dijemput menyertai kempen membaca al-Quran selama sejam atau Malaysia #QuranHour di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini, esok.

Sultan Nazrin Muizzudin Shah
Sultan Nazrin Muizzudin Shah

Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Ehsan Mohd. Hosni berkata, penyertaan orang ramai dalam penganjuran program itu bakal menjadi mani­festasi bagi mencetuskan gelombang mencintai al-Quran dalam kalangan masyarakat.

Katanya, bagi yang tidak berpeluang menyertai acara tersebut, mereka boleh menyokong usaha murni dengan membaca al-Quran di mana sahaja berada.

“Rebut peluang ini khusus­nya dalam bulan Ramadan untuk membaca dan bertadabbur ayat-ayat suci al-Quran menerusi program Malaysia #QuranHour.

“Walaupun ia berlangsung selama sejam, tetapi memberi makna amat besar kepada umat Islam untuk menggalakkan budaya membaca al-Quran pada setiap masa dan di mana sahaja,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Edisi ketiga Malaysia #QuranHour bertemakan Bangsa Berbudi dan Penyayang itu bakal diserikan dengan keberangkatan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzudin Shah (gambar).

Menurut Ehsan, antara aturcara dalam program yang bermula pada pukul 12 tengah hari itu adalah tadabbur dan tazakkur, pembukaan ngaji, solidariti ngaji dan bacaan 24 surah oleh 24 tokoh.

“Program ini juga disiarkan secara langsung di saluran Astro Oasis yang dilihat dapat memberi peluang kepada lebih ramai umat Islam menyertai kempen ini,” katanya.

Pada masa sama, beliau memaklumkan pihaknya telah melakukan persiapan termasuk daripada segi kerja pembersihan menjelang program berkenaan.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain