Ibrahim Ali

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, tiga perkara itu ialah penularan fa­haman pluralisme dalam ka­langan orang Melayu Islam dan percubaan mengadakan perhimpunan Jerusalem Jubilee yang dikaitkan dengan gerakan Yahudi di Melaka.

Menurutnya, selain itu, usa­ha menyingkirkan Dr. Zakir Naik yang merupakan pendakwah tersohor dalam perbandingan agama turut rancak dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Saya melihat ketiga-tiga perkara itu adalah satu ancaman serius yang sedang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia ketika ini.

“Umat Islam harus sedar ten­tang perkara ini dan tidak mengambil mudah apa yang sedang dilalui oleh agama Islam,” katanya kepada Mingguan Malaysia dalam majlis berbuka puasa di rumahnya di Taman Mimi, Wakaf Bharu di sini malam tadi.

Ibrahim memberitahu, beliau mahu umat Islam memperku­kuh­kan perpaduan da­­lam menangkis ancaman terhadap agama yang sedang berlaku ketika ini.

“Ini bagi memastikan kita mampu menyelamatkan umat Islam daripada terus terpesong daripada ajaran sebenar,” ujarnya.