Naib Canselor UM, Datuk Ir. Dr. Abdul Rahim Hashim berkata, makmal yang dibangunkam di bawah Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat (FSKTM) tersebut diwujudkan bagi para penyelidik dalam bidang Blockchain terutamanya daripada UM untuk mengaplikasikan penyelidikan mereka selain daripada menambah baik pengggunaan teknologi tersebut.

Beliau berkata, makmal tersebut turut membolehkan para penyelidik mengukuhkan kajian mereka selain berpotensi menghasilkan produk-produk inovasi yang mempunyai nilai komersial.

“Diharapkan dengan adanya Makmal Teknologi Blockchain ini ia akan dapat membantu FSKTM dan UM menghasilkan penerbitan berimpak tinggi hasil kerjasama penyelidik daripada pelbagai bidang,” katanya pada majlis perasmian Makmal Teknologi Blockchain UM di sini hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abd. Samad; Penysarah Kanan Jabatan Sistem dan Teknologi Komputer FSKTM, Dr. Saaidal Razalli Azzuhri; Pengarah Ifcon Teknologi Sdn. Bhd., Nik Izwan Nik Kamil dan Ahmad Aliff Ahmad Shariffudin. - UTUSAN ONLINE