Buku ' Himpunan Terbaik, Cer Kome Tanye, UKE Jawab' di PWTC di
BUKU <i>Cer Kome Tanye, UKE Jawab </i> yang dilancarkan, semalam. – MINGGUAN/Roy Azis Abd. Aziz

Buku yang diterbitkan de­ngan kerjasama Mingguan Malaysia itu mengandungi lebih 300 soalan dan jawapan berkaitan ibadah, muamalat dan permasalahan umum mas­­yarakat Islam yang ditan­ya kepada pendakwah terke­nal, Datuk Mohd. Kazim Elias atau lebih dikenali Ustaz Kazim Elias (UKE).

Pengarang Kanan Maja­lah Umum UKSB, Zulkarnain Zakaria berkata, orang ramai yang mempunyai pelbagai kemusykilan agama boleh mendapatkan buku itu di gerai pameran UKSB sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2017 bermula semalam hingga 7 Mei ini di Pusat Da­gangan Dunia Putra (PWTC).

“Buku ini dijual pada harga RM30 senaskhah, namun sempena PBAKL 2017, orang ramai boleh mendapatkannya pada harga RM25 senaskhah sahaja,” katanya ketika berucap dalam majlis pelancaran buku itu di PWTC hari ini.

Yang turut hadir, Penolong Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Mohd. Hassan Mohd. Nor; Mohd. Kazim; Pengarang Mingguan Malaysia, Badrul Azhar Abdul Rahman; Pengurus Kanan Operasi UKSB, Azlan Abdul Aziz dan Pengarah Kreatif UKSB, Abdul Rashid Abdul Aziz.

Dalam majlis tersebut, Mohd. Kazim juga menyampaikan ceramah pendek mengenai soalan-soalan yang terdapat dalam buku berkenaan dan cara beliau menjawab untuk memuaskan hati pembaca.

“Saya menerima pelbagai jenis soalan. Ada soalan serius dan soalan yang tidak munasabah, namun saya tetap berusaha memberikan jawapan yang jelas untuk difahami oleh semua pembaca.

“Diharapkan dengan buku ini, kemusykilan anda dapat dijawab dan kita juga boleh kongsikan ilmu yang ada de­ngan orang lain,” ujarnya.