Naib Canselornya, Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, kedudukan UKM meningkat sebanyak 46 anak tangga dari kedudukan ke-230 tahun lalu.

“Kami berbangga dengan peningkatan kedudukan dalam QS World University Ranking, yang merupakan penarafan utama global dalam mengukur kedudukan universiti berbanding dengan universiti-universiti lain di dunia.

“UKM yakin pencapaian ini juga mencerminkan kecemerlangan universiti dalam konteks yang lebih menyeluruh, khususnya dalam menyumbang pada matlamat pembangunan negara dan peningkatan kesejahteraan kehidupan masyarakat tempatan serta sejagat, bertepatan dengan aspirasi rakyat yang mendasari penubuhan universiti ini,” katanya dalam sidang akhbar berkenaan QS ranking UKM dekat sini hari ini.-UTUSAN ONLINE