Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY

Logo Kaji Selidik Pembaca

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?

Pernahkah anda melayari portal SEBENARNYA.MY ?




Sila respon kepada soalan di atas untuk menutup skrin ini

Show result

Ukhwah tumpu bidang hartanah, kredit

RAZMAN IBRAHIM menunjukkan anugerah yang di terima Koperasi Ukhwah
RAZMAN IBRAHIM menunjukkan anugerah yang di terima Koperasi Ukhwah ketika ditemui di ibu pejabat koperasi itu di Kuala Lumpur, semalam. UTUSAN/AZLAN HADI ABU BAKAR

KUALA LUMPUR 27 Ogos - Koperasi Ukhwah Malaysia Berhad (Ukhwah) yang disenarai sebagai Koperasi Terbaik Sektor Pembangunan Hartanah dan Industri Hartanah Peringkat Wilayah Persekutuan 2017 mahu memperluaskan bidang perniagaannya untuk memperkukuhkan gerakan koperasi dan kepentingan ahli-ahlinya.

Pada masa sama, Ukhwah mahu menjadi antara koperasi terbaik negara.

Ketua Pegawai Operasi Ukh­wah, Razman Rahim berkata, pihaknya kini mengintai peluang untuk bergerak dalam industri pembinaan selepas memperkukuhkan operasi dalam bidang hartanah dan perkhidmatan kredit.

“Perjalanan Ukhwah bermula pada 1998 dengan nama Koperasi Usahawan Malaysia Berhad dalam sektor industri kecil dan sederhana (IKS) tetapi tidak berjaya.

“Pada 2002, apabila diberi peluang memberi nafas baru kepada sebuah koperasi dinamakan Koperasi Pendidikan Islam Berhad yang menawarkan pembiayaan pelajaran sebelum diperluas kepada pinjaman peribadi.

“Kami mula menceburi pela­buran tanah apabila membeli sebuah banglo di Titiwangsa pada 2005. Apabila bertambah yakin dengan keupayaan yang ada, kami mula bergerak secara serius,” kata­nya ketika ditemui di sini, semalam.

Menurutnya, apabila pasaran hartanah meningkat pada 2008 dan 2009, pelaburan dalam lot-lot komersial dan rumah membawa hasil apabila dijual dan mendapat pulangan kira-kira 20 hingga 30 peratus.

“Kami memberi fokus membeli sejumlah unit pada satu-satu tempat bagi membolehkan kami menentukan harga pasaran. Kami kini memiliki 160 unit komersial, rumah dan rumah kedai dengan nilai dianggarkan RM250 juta.

“Selain itu, kami juga memiliki aset hartanah di London, Britain dan Melbourne, Australia. Kami juga kini mempunyai 62,000 ahli,” ujarnya.

Beliau memberitahu, pihaknya juga memperluaskan perniagaan dalam industri bahan binaan dan tapak kuari.

Artikel Berkaitan
Video Pilihan
Artikel Lain