Perkata tersebut dinyatakan oleh Setiausaha Luar UK, Jeremy Hunt selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar, Datuk Safuddin Abdullah di Wisma Putra di sini hari ini.


Hunt yang dalam rangka lawatan tiga hari ke negara ini berkata, UK boleh memainkan peranan di peringkat ASEAN, serantau dan antarabangsa bagi mencari penyelesaikan krisis terbabit.


“UK dan Malaysia berminat untuk bekerjasama mencari penyelesaian krisis kemanusia terbesar yang berlaku di rantau ini.


“Krisis yang berlaku tidak dapat diterima, tidak berperikemanusiaan,” katanya dalam sidang akhbar bersama Saifuddin di sini.


Hunt bagaimanapun tidak menyatakan dengan terperinci usaha yang boleh dimainkan UK dalam menangani krisis berkenaan.


Sepanjang lawatannya, Hunt akan bertemu Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Momahad; Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo sera ahli-ahli perniagaan.


Dalam pada itu, Saifuddin berkata, krisis kemanusiaan etnik Rohinga merupakan cabaran terbesar yang perlu ditangani.


Jelasnya, beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Hunt dan usaha-usaha yang dilakukan oleh ASEAN bagi mencari penyelesaian.


“Ini termasuk penubuhan Pusat Bantuan Kemanusian ASEAN yang berperanan  memantau proses berkenaan,” katanya.


Dalam pada itu, ditanya pendirian UK berhubung tindakan Kesatuan Eropah (EU) mengharamkan import minyak sawit bagi bio-fuel mulai 2020, Hunt berkata, negaranya akan mengikuti dengan rapat perkara berkenaan. - UTUSAN ONLINE


Parlimen Eropah pada April lalu meluluskan satu resolusi yang mensyaratkan hanya minyak sawit dihasilkan secara lestari boleh dieksport ke pasaran EU selepas 2020.


Resolusi berkenaan dianggap tindakan diskriminasi EU yang mahu melaksanakan sekatan terhadap produk minyak sawit dari negara Asia, bakal menjejaskan ratusan ribu peneroka Felda dan pekebun kecil dalam negara.


Malaysia berulangkali menjelaskan bahawa pengeluaran minyak sawit negara tidak menjejaskan kemusnahan kepada alam sekitar seperti didakwa blok berkenaan. - UTUSAN ONLINE