Don't forget this Saturday 👋 . HELLO GUYS !! Are YOU The Next MISTER PLANET NATION MALAYSIA ?? Get ready NOW.. . OPEN CASTING CALL Date : 2nd December 2017 Time : 2.00 pm - 6.00 pm Venue : Function Room, Evolve Concept Mall, Ara Damansara Entry Fee : RM 15 Attire : White Slim Fit T-shirt & Skinny Blue Jeans . • Single Malaysian Male (not married) • Age between 18 - 29 years old (as of 31st Dec 2018) • Height 175cm and above • Able to communicate in Malay & English • Healthy physique & mental, good features & personality • Able to give full commitment for activities & classes every weekend from Jan 2018 - Apr 2018 • Not attached to any talent management . Follow us to get the latest updates fb Mister Planet Nation Malaysia ig @misterplanetmalaysia . #mpm2018 #mpm #mpnm #misterplanetmalaysia #misterplanetnationmalaysia #castingcall #pageant #malemodel #fashion #masculine

A post shared by MISTER PLANET NATION MALAYSIA (@misterplanetmalaysia) on

Bakal berlangsung di pusat beli-belah Evolve Concept Mall, Klana Jaya, satu sesi uji bakat akan diadakan bermula jam 10 pagi hingga 6 petang dengan mengenakan wang pendaftaran sebanyak RM15 setiap seorang.

Pengarahnya, Fahrul Arazi memberitahu, pertandingan bertaraf antarabangsa itu bukan saja mencungkil bakat peserta dalam bidang peragaan, malah dalam pelbagai lapangan seni lain termasuk lakonan dan nyanyian.

"Ia sebuah program realiti tetapi tidak disiarkan di mana-mana platform media kecuali YouTube dan laman sosial. Seramai 16 peserta bertuah akan dipilih setiap tahun untuk menyertai kursus jangka pendek yang disusun oleh pihak penganjur.

"Paling penting, kursus ini adalah percuma. Ini merupakan musim kelima penganjuran dan beberapa finalis musim lalu telah pun bergelar pelakon, peragawan dan jurucakap produk.

"Program ini akan berjalan selama empat bulan dan dalam acara kemuncak pada April nanti, seorang juara akan diumumkan. Pemenang akan mewakili negara ke peringkat dunia bagi menggalas tanggungjawab sebagai duta kecil Malaysia," katanya kepada Utusan Online.

Tambah Fahrul, sepanjang program tersebut, 16 finalis berkenaan akan didedahkan dengan pelbagai aktiviti berkaitan dunia seni seperti kelas lakonan dan peragaan, pengucapan awam, ketrampilan diri, kemahiran komunikasi, perhubungan media dan sebagainya.

"Menerusi aktiviti yang telah diatur, kelas-kelas tersebut bakal dikendalikan oleh warga industri berpengalaman. Insan-insan seperti pengarah atau penerbit, guru catwalk, pelakon, petugas media, pegawai perhubungan awam dan selebriti berkaitan diundang untuk berkongsi ilmu serta pengalaman mereka.

Antara bekas peserta yang telah mewarnai industri ialah Nazmi Nordin, Nazirul Mubin, Ameerul Asyraf, Fee Haiqal, Faiz Nor, Asyraf Dasley, Hafiz Nolan, Fauzi Mohamad, Afiq Afandi, Ikhwan Ibrahim, Khaza Rasing dan Ijuy Rosdi. - UTUSAN ONLINE