Program bertemakan “Creating a Community of Speaker” itu merupakan anjuran pelajar semester tiga kursus kokurikulum Pengucapan Awam Bahasa Inggeris (HPD221) Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Negeri Sembilan, Kampus Rembau.

Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Muhammad Azril Izuan Ramlan berkata, program tersebut salah satu usaha UiTM Kampus Rembau membantu masyarakat setempat meningkatkan keyakinan diri bertutur dalam bahasa Inggeris di khalayak ramai.

“Program ini merupakan projek sulung anjuran kursus ini yang turut diharapkan dapat mengukuhkan hubungan antara UiTM Rembau dengan komuniti setempat terutamanya di luar bandar.

“Malah kita memang sasarkan pelajar sekolah kerana kita tahu bermula daripada usia sebeginilah sepatutnya  diterapkan keyakinan kepada mereka untuk bertutur dalam bahasa Inggeris,” ujarnya kepada Utusan Online selepas program itu di sini hari.

Majlis itu disempurnakan Penolong Pengawai Pendididkan Daerah (Bahasa Inggeris Rendah), Norafia Abu Hanifah dan Koordinator Komunikasi Korporat, UiTM Rembau, Nurul Aishah Ab Raman.

Sementara itu, timbalan ketua projek berkenaan, Muhammad Asyraf berkata, semua aktiviti dijalankan menggunakan pendekatan antarapersonal yang berkesan, direka khas oleh para fasilitator.

“Semua aktiviti yang dijalankan direka bagi menarik minat para pelajar sekolah termasuklah permainan kosa kata, act-it-out, heart-to-heart dan face hunt.,” ujarnya. - UTUSAN ONLINE