Ini susulan sebuah portal berbahasa Inggeris melaporkan dengan memetik kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, beliau optimis bahawa UEC akan diiktiraf sepenuhnya oleh kerajaan Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Presiden iGuru, Mohd. Azizee Hasan berkata, perkara berkaitan pengiktirafan UEC harus diserahkan kepada jawatankuasa kajian UEC sebelum sebarang keputusan muktamad dilakukan.

Malah, beliau turut memohon semua pihak akur dengan respon Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu perasaan orang Melayu turut dipertimbangkan sebelum UEC diiktiraf.

“Justeru, iGuru gesa semua pihak henti daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai isu pengiktirafan UEC.

“iGuru bersetuju dengan pandangan perdana menteri supaya mengambil kira sensitiviti orang Melayu demi kelangsungan perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE