Timbalan Presiden Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina (Dong Zong), Datuk Tan Yew Sing berkata, UEC juga akan memberi kesan kepada produktiviti dan persaingan.

“UEC perlu dibincangkan dari segi nasional, dari segi apa faedah kepada negara seluruhnya, bukan hanya kepada satu golongan masyarakat. Produktiviti, persaingan ini penting juga untuk negara. 

“Sekarang dunia sedang bergerak ke arah persaingan dan kita mahu isu ini dibincangkan merentasi dunia, bukan hanya di Malaysia. 

Pastinya kita akan melihat juga implikasinya,” katanya yang juga merupakan ahli Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) dalam sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE