Kalangan penuntut Kolej Universiti Bestari (UCB) turut menyertai program itu sejak awal Ramadan yang dijadikan tradisi tahunan, dengan harapan menjadi amalan dalam kehidupan harian mereka kelak.

Seramai 50 orang daripada mereka diraikan dalam Majlis Khatam al-Quran dan Berbuka Puasa Perdana petang semalam yang disempurnakan perasmiannya oleh Pengerusi Ekskutif UCB, Datuk Tengku Mahmud Mansor.

Yang turut hadir, Naib Canselor UCB, Prof Dr Ab Aziz Yusof dan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UCB, Prof Dr Sulaiman Yamin bersama kira-kira 200 penuntut dan kakitangan.

Program yang diadakan setiap Ramadan itu diseliakan oleh Dekan Fakulti Pengajian Islam, Prof. Madya Dr. Sudirman Abdul Fatah.

Dalam majlis itu juga, Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) melalui Pengurus Kawasan, Perniagaan Konsumer BIMB Terengganu, Zameran Jusoh menyerahan wang zakat RM10,000 kepada UCB di samping 40 buku mengenai muamalat. - UTUSAN ONLINE