Pejabat Timbalan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memberitahu, teks ucapan yang dibaca di pelancaran projek ini tidak pernah diluluskan oleh Timbalan Perdana Menteri ataupun Pejabat Timbalan Perdana Menteri.

"Timbalan Perdana Menteri juga tidak mewakilkan kepada sesiapa untuk membaca teks ucapan beliau pada majlis tersebut.

"Wan Azizah tidak pernah sama sekali berkata bahawa kerajaan akan memberi kerjasama penuh kepada pelaksanaan projek EM-IIG," katanya di sini hari ini.

Menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri tanpa kebenaran beliau jelas kenyataan itu adalah perkara yang serius.

"Amaran diberikan kepada semua organisasi supaya tidak menggunakan atau mengedarkan bahan seperti teks ucapan yang menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri tanpa kebenaran.

"Tindakan tegas akan diambil jika situasi seperti ini berulang," katanya. - UTUSAN ONLINE